Kontinjen bakal berlepas ke Kaohsiung, Taiwan pada bulan November ini.

Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (Esports Malaysia (ESM)) telah mengumumkan pemilihan kontinjen esports negara ke International ESports Federation (IESF) World Championship 2018 pada5-13 November nanti.

IESF 10th WORLD CHAMPIONSHIP 2018
Tarikh: 5-13 Nov 2018
Lokasi: Kaohsiung Arena, Kaohsiung City, Taiwan
Game Rasmi: CS:GO, LoL & Tekken 7
Wang Hadiah Terkumpul: 54,000USD

Wakil CS:GO: Team Frostfire

Kejohanan esports sedunia edisi tahun ke-10 ini dijangka menjadi acara esports terbesar dari segi saiz dan penyertaan dengan pendaftaran 684 atlet esports dari 43 negara untuk 3 acara – CS:GO, LoL dan Tekken 7. Pada tahun ini, wang hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah bernilai USD54,000 (~RM223,662.60).

Wakil Tekken 7: HXI Zaba (tiga dari kiri)

196 peserta telah menyertai peringkat kelayakan offline dan online yang dianjurkan ESM pada 2-3 September lalu. Berikut adalah wakil-wakil negara ke tournament esports antarabangsa tersebut:

Tekken 7: HXI Zaba
CS:GO: Team Frostfire
League of Legend: Team Int Central

Kontinjen negara ke IESF World Championship 2018 akan menerima tiket penerbangan dan penginapan bernilai RM22,000 dari ESM bagi menyertai acara tersebut. Bukan itu sahaja, ESM turut mengumumkan acara bootcamp bagi persediaan atlet-atlet esports kebangsaan kita bagi menghadapai tournament antarabangsa itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.