Dalam mengakhiri ucapan beliau di pentas Xbox di E3 2018, ketua Xbox, Phil Spencer telah memberi kejutan – Xbox sedang membangunkan konsol baru!

Beliau berkata pasukan yang melancarkan Xbox One X pada tahun lepas sedang “menghasilkan konsol Xbox yang seterusnya, di mana kami sekali lagi akan memberikan komitmen kami untuk menawarkan tanda aras yang lebih tinggi dalam konsol gaming.” Spencer menyebut syarikat itu sedang menghasilkan AI dan teknologiĀ cloud serta juga memperkenalkan beberapa studio baru.

Spencer juga mengumumkan bahawa Microsoft telah memiliki empat studio indie iaitu Ninja Theory, Playground Games, Undead Labs dan Compulsion Games dan sedang membina sebuah studio dalaman baru yang dikenali sebagai The Initiative.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.