Seperti dijanjikan, Konami telah mengumumkan kelab terakhir yang akan menjadi rakan kongsi dalam eFootball PES 2020.

Ia tidak lain tidak bukan, kelab gergasi Itali, Juventus. Dan kerjasama kali ini bukan kerjasama yang biasa-biasa kerana Konami mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Juventus. Senang cerita, untuk tahun ini, hanya eFootball PES 2020 sahaja yang akan menampilkan Juventus secara rasmi, dan FIFA 20 nanti terpaksa menggunakan nama Juventus yang tidak rasmi.

Seperti juga kerjasama bersama kelab-kelab lain yang diumumkan sebelum ini, imbasan secara 3D dilakukan terhadap para pemain Juventus dan juga untuk stadium keramat, Allianz Stadium.

Selain itu, Miralem Pjanic juga diumumkan sebagai duta untuk eFootball PES 2020.

Versi demo eFootball PES 2020 akan boleh mula dimainkan pada 30 Julai ini, yang mana turut akan membawakan Juventus.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!