Bersempena dengan ulangtahun ke-50 syarikat gaming gergasi dari Jepun itu, Konami telah mengumumkan siri Konami 50th Anniversary Collection.

Dalam siri ini, terdapat tiga koleksi istimewa daripada game-game retro klasik keluaran mereka yang dikumpulkan khas untuk para pemain. Tiga koleksi (hanya digital) ini ialah Arcade Classics, Castlevania Anniversary Collection, dan Contra Anniversary Collection.

Di bawah adalah senarai game yang terdapat dalam setiap koleksi tersebut:

Arcade Classics – dilancarkan pada 18 April dengan USD19.99 (RM81)

  • Haunted Castle (1998)
  • Typhoon (A-JAX) (1987)
  • Nemesis (Gradius) (1985)
  • Vulcan Venture (Gradius II) (1988)
  • Life Force (Salamander) (1986)
  • Thunder Cross (1988)
  • Scramble (1981)
  • TwinBee (1985, Japan-exclusive)
  • Bonus Book — e-buku tentang info-info baru daripada game-game di atas, seperti temubual bersama staf pembangunan, di balik tabir, lukisan-lukisan dan dokumen rekaan yang tidak pernah diperlihatkan kepada umum.

Castlevania Anniversary Collection – dilancarkan pada pertengahan tahun 2019

  • Castlevania (1987, NES)
  • Castlevania III: Dracula’s Curse (1990, NES)
  • Castlevania II: Belmont’s Revenge (1991, Game Boy)
  • Super Castlevania IV (SNES, 1991)
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Bonus Book – Akan datang

Contra Anniversary Collection — dilancarkan pada pertengahan tahun 2019

  • Contra (1987, Arcade)
  • Super Contra (1988, Arcade)
  • Super C (1990, NES)
  • Contra III: The Alien Wars (1992, SNES)
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Akan datang
  • Bonus Book – Akan datang

Konami 50th Anniversary Collection akan dilancarkan ke PC, PS4, Xbox One dan Switch.

Terima kasih, Gematsu.

JomKomen!