in , , , , ,

Konami Tunda Kemaskini Pertama eFootball 2022 Ke Bulan Depan

Mengharapkan Konami memperbaiki segala isu yang terdapat dalam eFootball 2022 pada minggu ini? Bertabahlah, kerana mereka telah menunda tarikh pelancaran untuk kemaskini pertama itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Konami telah mengumumkan penangguhan kemaskini tersebut, dan lebih memeritkan adalah apabila mereka tidak meletakkan tarikh tetap, yang mana hanya menyebutkan ia akan dikeluarkan pada awal November.

Konami menyampaikan permohonan maaf atas segala kesulitan dan berharap masa tambahan yang diambil akan membenarkan mereka memastikan pengalaman bermain akan ditambahbaik untuk semua pemain.

Setelah teruk dikecam, Konami pada asalnya menjadualkan untuk melancarkan kemaskini ini pada 28 Oktober.

Sehari selepas pelancarannya, Konami telah memohon maaf dan mengambil maklum terhadap masalah yang telah dilaporkan, antaranya kelajuan hantaran, operasi pertahanan, cutscenes, ekspresi muka, pergerakan pemain, dan pergerakan bola.

Tidak perlulah kami menulis panjang di sini tentang mengapa eFootball 2022 dikecam begitu teruk. Korang boleh baca reviu kami di sini.

Dalam reviu, penulis menyatakan, “eFootball 2022 ini ibarat kita datang ke rumah seseorang, tuan rumahnya menjemput kita minum, tetapi cawan yang dihidangkan itu kosong.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CD Projekt Ambil-Alih Studio The Molasses Flood, Sedang Bikin ‘Projek Besar’ Dari Francais CD Projekt

Ragnarok X: Next Generation Tampilkan Tema Halloween Bersama Pelbagai Ganjaran Istimewa