in ,

Konami Tarik Diri Dari E3 2021, Ada Banyak “Projek Penting” Dalam Pembangunan Lanjut

Ketika Electronic Software Association (ESA) mengumumkan mereka bakal kembali dengan E3 2021, Konami merupakan salah satu syarikat terawal yang mengesahkan penglibatan dalam acara gaming terbesar dunia itu.

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan yang baru dikeluarkan, syarikat gergasi berpangkalan Jepun itu telah mendedahkan yang mereka akan menarik diri dari E3 tahun ini.

Alasan yang diberikan adalah disebabkan waktu yang terlalu singkat membuatkan mereka tidak bersedia untuk memperlihatkan apa-apa dalam acara itu.

Konami turut mengesahkan kepada para peminat yang mereka kini sedang dalam pembangunan lanjut untuk beberapa projek penting. Mereka memohon agar para peminat terus bersama mereka kerana beberapa perkongsian akan didedahkan mereka dalam bulan-bulan mendatang.

Apa yang menarik dari kenyataan ini adalah tentang pendedahan terhadap “pembangunan lanjut untuk beberapa projek penting”. Apa yang kita tahu setakat ini adalah mereka kini sedang membangunkan PES 2022 dengan menggunakan enjin game baharu, iaitu Unreal Engine — sehingga telah melangkau PES 2021 dengan hanya mengeluarkan “kemaskini” daripada PES 2020.

Apakah “projek penting” lain yang sedang dibangunkan Konami? Apakah dari siri Metal Gear Rising, Castlevania atau francais lain?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Among Us Akan Dilancarkan Untuk PS4, PS5 Tahun Ini Bersama Skin Ratchet & Clank

Ini Video Gameplay Apex Legends Mobile – Kebanyakannya Dalam Pandangan 3rd-Person