in , , , , ,

Konami Sahkan eFootball Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini Hanyalah Sebuah Demo, Ada Elemen Macam Battle Pass

Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, info yang didedahkan Konami untuk game bola sepak mereka akan datang, eFootball, sangatlah sedikit. Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab, memandangkan mereka sedang melakukan perubahan terbesar dalam sejarah francais itu.

Bukan setakat kandungan yang akan ditampilkan dalam game percuma ini masih kabur, malah tarikh pelancarannya juga belum diumumkan. Konami hanya menyatakan yang ia akan dilancarkan pada awal musim luruh (sekitar September-Disember) tahun ini.

Terkini, melalui akaun Twitter rasmi eFootball, mereka telah berkongsikan dalam satu untaian beberapa soalan lazim (FAQ) yang kebanyakannya belum terjawab sebelum ini.

Kami akan ringkaskan untaian tersebut dalam artikel ini.

eFootball hanya sebuah game mobile untuk konsol?

eFootball dibangunkan terlebih dulu untuk konsol. Game ini dikatakan akan mengambil manfaat daripada keupayaan hardware daripada setiap peranti yang dihasilkan.

Adakah versi konsol generasi terkini akan diturunkan tarafnya untuk berupaya bermain dengan pengguna mobile?

Mereka akan mengubahsuai grafik di versi mobile tetapi untuk grafik konsol generasi terkini dan PC tidak akan diturunkan kualitinya.

Boleh tapis atau tutup matchmaking cross-play antara platform?

Mereka akan letakkan beberapa pilihan tapisan untuk matchmaking berdasarkan lokasi dan platform.

Pelancaran pada ‘awal musim luruh’ hanyalah sebuah versi demo?

Dari segi banyak aspek, Konami berkata ya, ia merupakan sebuah versi demo. Mereka mahu eFootball dimainkan oleh peminat secepat mungkin, jadi mereka akan lancarkan dulu game itu dengan beberapa pasukan dan mode terhad. Seperti sebelum ini, Konami masih belum mahu mendedahkan secara terperinci lagi kandungannya.

Apa yang boleh dimainkan secara percuma semasa pelancaran?

Semasa ‘awal musim luruh’, eFootball tidak akan melancarkan sebarang pembelian dalam game (microtransactions), maka semuanya akan percuma. Mereka akan menambah lebih banyak kandungan semasa ‘musim luruh’.

Boleh main lawan CPU/AI pada ‘awal musim luruh’?

Ya, ada Local Match.

Akan ada sokongan Edit Mode/Option Files?

Mereka merancang untuk menampilkan Edit Mode/Option Files sebagai satu kemaskini percuma untuk PS5, PS4 dan PC selepas pelancaran awal.

Bila Master League akan ditambah?

Master League akan tampil sebagai kandungan muat-turun tambahan premium pada masa akan datang. Tiada sebarang tarikh ditetapkan lagi. Sebelum ini, Konami telah mengesahkan yang mode ini akan dijual secara berasingan sebagai satu DLC.

Boleh beli pemain tanpa Special Agent (mode myClub)?

Dalam game-game sebelum ini, kata Konami, ada ‘elemen loteri’ yang kuat, tapi eFootball membenarkan korang mencalonkan dan memperoleh pemain-pemain kegemaran melalui Match Pass, satu sistem untuk mendapatkan item-item berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dimainkan. Akan ada Match Pass yang percuma dan berbayar.

Dari penerangan ini, Konami nampaknya akan cuba untuk mengurangkan (atau mungkin meninggalkan) elemen loot box dalam mode myClub, dan beralih ke sistem seumpama Battle Pass seperti dalam kebanyakan game shooter, contohnya Fortnite dan Apex Legends.

Walapun sudah berkongsikan beberapa info baharu dari untaian ini, masih banyak butiran yang menjadi tanda tanya. Sama-samalah kita nantikan bilakah dan apakah yang akan didedahkan lagi oleh Konami untuk eFootball.

eFootball akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September-Disember) untuk PC (Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042 Tiada Story Campaign, Tapi EA Umumkan Filem Pendek, Berjudul Exodus

5 Sebab Laptop Gaming Adalah Pelaburan Gajet Berbaloi Lagi Bijak