in , , , , ,

Konami Mohon Maaf Atas Pelancaran Teruk eFootball 2022, Janji Tambah Kualiti, Kandungan

Tidak sampai dua hari selepas ia dilancarkan, Konami telah mengeluarkan kenyataan, memohon maaf atas pelancaran eFootball 2022 yang begitu teruk.

Konami mengakui dan mengesahkan menerima banyak maklum balas yang memperkatakan tentang kelajuan hantaran, operasi pertahanan, cutscenes, ekspresi muka, pergerakan pemain, dan pergerakan bola.

“Kami memohon maaf atas masalah-masalah itu, dan ingin memastikan kepada semua yang kami akan mengambil segala kebimbangan ini secara serius dan akan berusaha untuk memperbaiki situasi ini,” ujar Konami dalam satu kenyataan.

Mereka berjanji yang game ini akan terus dikemaskini, kualiti akan ditambahbaik dan kandungan akan ditambah secara konsisten.

Konami turut menyatakan yang mereka sedang mempersiap untuk melancarkan kemaskini pada Oktober, dalam masa sama terus menerima pendapat-pendapat dari para pemain.

Tidak perlulah kami menulis panjang di sini tentang mengapa eFootball 2022 dikecam begitu teruk. Korang boleh baca reviu kami di sini.

Dalam reviu itu, penulis menyatakan, “eFootball 2022 ini ibarat kita datang ke rumah seseorang, tuan rumahnya menjemput kita minum, tetapi cawan yang dihidangkan itu kosong.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Reviu eFootball 2022 – Detik Paling Hitam Sebagai Seorang Peminat Winning Eleven, PES

Sony Dilaporkan Mendanai Projek Silent Hill Baru, Dibangunkan Oleh Kojima Productions