in , , , ,

Konami Lanjut Kerjasama Bersama Arsenal, Legenda-Legenda The Gunners Akan Dibawakan Dalam PES 2019

Siri game Pro Evolution Soccer (PES) sememangnya kurang membawakan kelab-kelab berlesen. Hanya beberapa kelab sahaja yang Konami bekerjasama untuk sajikan kelab tersebut secara rasmi dalam game-game bola sepak mereka.

Antara kelab yang Konami bekerjasama dalam beberapa tahun ini ialah kelab dari London utara, Arsenal FC. Terbaru, mereka telah mengumumkan yang kerjasama global bersama kelab yang terkenal dengan gelaran The Gunners itu akan dilanjutkan. Berapa lama ia dilanjutkan, walau bagaimanapun, tidak didedahkan.

Bersama-sama dengan lanjutan kerjasama ini, mereka akan membawakan beberapa pemain legenda Arsenal ke dalam PES 2019. Antaranya ialah Robert Pires, Sol Campbell, Gilberto Silva, Freddie Ljunberg dan Emmanuel Petit. Kebiasaannya, pemain-pemain ini akan ditampilkan dalam mode myClub.

Tarikh bila pemain-pemain ini akan dikeluarkan akan diberitahu kemudian.

PES 2019 kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Umum Kerjasama Dengan Razer, Microsoft Akan Bawakan Sokongan Keyboard/Mouse Ke Xbox One Tidak Lama Lagi

Sony Akhirnya Terbuka Pintu Hati, Buka Fungsi Cross-Play Antara PS4 Dengan Xbox One Dan Switch