in ,

Konami Kata PT Tak Boleh Dimainkan Di PS5 – Tapi Benarkah?

Konami telah mengesahkan bahawa PT, sebuah demo Silent Hills yang dikeluarkan pada 2015, tidak akan boleh dimainkan di PS5.

Ketika menjawab emel yang diajukan oleh GamesRadar, Konami berkata, “kandungan [PT] tersebut tidak akan tersedia di PS Store, jadi pengguna tidak akan dapat muat-turun semula kandungan itu melalui fungsi backward compatibility kepada PS5.”

Walau bagaimanapun, kalau kita baca dengan teliti kenyataan ini, terdapat lompong yang tidak terjawab. Ya betul, di PS5 kelak, pemain tidak akan dapat muat-turun PT dari PS Store, sama seperti di PS4 pada ketika ini kerana Konami telahpun membuang demo tersebut dari PS Store. Namun, bagi mereka yang pernah mencubanya, PT telahpun dimasukkan ke dalam akaun PSN, dan pemain boleh muat-turun semula (dan mainkannya) dari Library akaun mereka di PS4 sekarang.

Kemungkinan besar, jangkaan seperti yang kami laporkan sebelum ini masih boleh terpakai. Disebabkan demo tersebut telahpun berada dalam akaun pemain, maka ia mungkin secara automatik akan dibawa dan boleh dimainkan di PS5 melalui fungsi backward compatibility.

Sony telah mengesahkan sebelum ini bahawa hanya 10 buah game PS4 yang tidak akan boleh dimainkan di PS5. Dalam erti kata lain, lebih daripada 4,000 game PS4 akan boleh dimainkan di PS5 melalui backward compatibility. Tanpa kita sedari, sifir mudahnya, PT akan terus boleh dimainkan di PS5 kelak — masih terselamat untuk satu lagi generasi konsol.

Buat masa ini, perkara ini hanya dapat disahkan apabila PS5 sudah dilancarkan kelak. Terdapat juga kemungkinan di mana Konami boleh sahaja menghalang pemain untuk muat-turun semula dari PS Store, walaupun ia sudah berada dalam akaun pemain.

Seperti yang kita tahu, Konami telahpun membatalkan pembangunan game penuh Silent Hills yang baharu, seterusnya membuang PT dari PS Store selepas perpisahan antara syarikat tersebut dengan insan penting di sebalik pembikinan game tersebut, Hideo Kojima.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

1 Saat Daripada Setiap Game Yang Mendefinisikan PS4 – Video Ini Akan Buat Kita Tersenyum

Sony Jangkakan Jualan PS5 Akan Lebih Tinggi Berbanding PS4 Dalam Tempoh Tahun Fiskal Pertama

PS5: Posisi Mana Lebih Baik, Menegak Atau Baring? Ini Jawab Sony