in , , ,

Konami Janji Keluarkan Kemaskini eFootball 2022 Pada 28 Oktober, Baiki Isu-Isu Yang Dilaporkan

Konami telah mengeluarkan kenyataan baharu yang mendedahkan bilakah mereka akan mengeluarkan kemaskini pertama untuk eFootball 2022.

Versi 0.91 akan dilancarkan 28 Oktober ini, yang mana mereka menjanjikan akan memperbaiki isu-isu yang telah dilaporkan oleh para pemain. Butiran tentang apakah yang bakal diperbaiki itu masih belum didedahkan.

Minggu lalu, sehari selepas pelancarannya, Konami telah memohon maaf dan mengambil maklum terhadap masalah yang telah dilaporkan, antaranya kelajuan hantaran, operasi pertahanan, cutscenes, ekspresi muka, pergerakan pemain, dan pergerakan bola.

Tidak perlulah kami menulis panjang di sini tentang mengapa eFootball 2022 dikecam begitu teruk. Korang boleh baca reviu kami di sini.

Dalam reviu itu, penulis menyatakan, “eFootball 2022 ini ibarat kita datang ke rumah seseorang, tuan rumahnya menjemput kita minum, tetapi cawan yang dihidangkan itu kosong.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rockstar Akhirnya Umum Secara Rasmi Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition Untuk Semua Platform Moden

Kedai Game Di Jepun Tulis Nama Pembeli Di Kotak PS5 Untuk Bendung Scalper