Ada satu perkara dalam PES pada tahun ini yang sangat mengejutkan: Judul rasmi game bola sepak dari Konami pada tahun ini ialah ‘eFootball PES 2020’.

Ramai yang pening dengan judul rasmi ini. Tak pernah dilakukan sebelum ini, secara tiba-tiba ada ‘eFootball’ pula di pangkal namanya. Jadi kalau dibaca penuh namanya, ia menjadi seolah-olah ‘eFootball Pro Evolution Soccer 2020’. ‘Football’ pun ada, ‘Soccer’ pun ada.

Setelah lama peminat berteka-teki, Konami akhirnya mendedahkan apakah perancangan mereka di sebalik pertukaran nama yang mendadak ini. Bercakap kepada Gamespot, pengurus jenama Eropah PES, Lennart Bobzien berkata:

“Untuk tahun ini kami mengumumkan eFootball PES 2020. Kami mahu meletakkan fokus lebih besar kepada esports untuk terus maju ke hadapan. Sebelum ini, kami telah memperlihatkannya dengan mengadakan banyak pertandingan seperti PES League dan eFootball Pro, pertandingan kelab profesional. Terus ke hadapan, akan ada lebih banyak pertandingan esports pada masa akan datang.”

“Kami merasakan dengan memasukkan nama itu ke dalam penamaan produk, kami membuat kenyataan dan menunjukkan kepada komuniti peminat, juga audiens lebih besar, bahawa esports akan menjadi perkara yang penting untuk maju ke hadapan.”

“Berbicara tentang Pro Evolution Soccer — di Eropah, ia sentiasa sesuatu yang sukar, dan kami berbincang untuk memanggilkannya ‘football’, ia adalah pasaran Eropah, jadi kami mahukan ‘football’. Kami masih meletakkan PES dalam nama produk memandangkan kami rasakan ia sebahagian daripada tradisi dan kami mahu mengekalkannya. Maka dengan itu, terjadilah kombinasi eFootball: PES.”

Versi demo eFootball PES 2020 akan dilkeluarkan pada 30 Julai 2019.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!