in , , ,

Konami Dan PES Bakal Kehilangan Lesen Rasmi Untuk AC Milan Dan Inter Milan

Pemain Pro Evolution Soccer (PES) dan peminat dua kelab gergasi Milan, AC Milan dan Inter Milan? Ada berita kurang baik untuk korang.

Konami telah mengumumkan bahawa mereka telah kehilangan lesen untuk menggunakan AC Milan dan Inter Milan secara rasmi dalam game bola sepak mereka, PES.

Walau bagaimanapun, Konami menegaskan yang penampilan kedua-dua kelab Itali itu tidak akan terjejas dalam eFootball PES 2020. Malah, ia turut tidak menjejaskan pemain yang sudah didapati dalam mode myClub dan boleh digunakan seperti biasa dalam game.

Mereka tidak menyatakan secara jelas, namun kemungkinan besar kehilangan lesen ini akan berkuatkuasa bermula dari PES 2021 dan mereka akan kembali menggunakan nama, logo dan jersi palsu untuk kedua-dua kelab itu.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkuatkan kerjasama sedia ada dan mengangkat hubungan baharu bagi menyediakan pengalaman eFootball yang terbaik,” kata Konami.

Buat masa ini, masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain selain Konami. Walau bagaimanapun, kita mungkin boleh menjangkakan ke manakah lesen-lesen rasmi ini akan berpindah, iaitu ke siri game FIFA keluaran EA Sports. Dalam beberapa bulan akan datang, mungkin FIFA pula akan mengumumkan kerjasama mereka bersama kedua-dua kelab Milan ini.

EA Sports sudah mula memperlihatkan FIFA 21. Game bola sepak akan datang itu akan dilancarkan terlebih dulu di PC (Origin, Steam), PS4 dan Xbox One pada 9 Oktober 2020. Kemudian, ia akan tersedia untuk dimainkan di PS5 dan Xbox Series X apabila kedua-dua konsol itu dilancarkan yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Konami masih belum mengumumkan apa-apa tentang PES 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Lanjutkan Tempoh Waktu Untuk Tebus Watch Dogs 2 Secara Percuma Selama 2 Hari [KEMASKINI]

Ninja Mula Stream Di Youtube Selepas Penutupan Mixer