in

Konami Cantas Khabar Angin Yang Mengatakan Silent Hill Akan Dibangunkan Semula

Dua minggu lalu, terdapat laporan yang berlegar mengatakan bahawa Sony sedang cuba memperbaiki hubungan antara Konami dengan Hideo Kojima untuk membangunkan semula Silent Hill.

Terkini, Konami telah mengeluarkan kenyataan yang sekaligus telah mencantas segala laporan tentang pembangunan semula siri game Silent Hill. Bercakap kepada Rely On Horror, ini kenyataan Konami:

“Kami ambil maklum tentang semua khabar angin dan laporan tapi boleh disahkan bahawa semua itu adalah tidak benar. Saya tahu ini bukan jawapan yang peminat kamu ingin dengar.”

“Ini bukanlah mengatakan yang kami menutup sepenuhnya pintu terhadap francais ini, cuma ia bukan seperti apa yang dilaporkan.”

Daripada kenyataan ini, apa yang boleh disimpulkan ialah kemungkinan Konami ada perancangannya tersendiri bagaimana untuk menghidupkan semula game bergenre seram itu. Namun, ia bukanlah sesuatu yang terkait kerjasama dengan insan penting di sebalik francais ini, iaitu Hideo Kojima, walaupun sekiranya benar Sony sedang cuba menjadi orang tengah.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apa Terjadi Kepada Kratos Antara God of War 3 Dengan Game Terbaru Akan Diceritakan Melalui Komik Ini

Apa Terjadi Kepada Kratos Antara God of War 3 Dengan Game Terbaru Akan Diceritakan Melalui Komik Ini

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Sony Dilaporkan Mahu Game PS5 Dimainkan “Semudah Seperti Menonton Netflix”