Beberapa hari lalu, legenda bola sepak dunia, Diego Maradona mahu mengambil tindakan undang-undang kepada penerbit Pro Evolution Soccer, Konami, yang dikatakan telah menggunakan persamaannya dalam video game tanpa kebenaran.

Terbaru, Konami telah memberikan respon kepada ancaman undang-undang yang dikeluarkan oleh pemenang Piala Dunia 1986 itu. Ibu pejabat Konami Tokyo mengeluarkan kenyataan:

“Buat masa ini, muncul berita tentang dalam Winning Eleven 2017 (judul PES 2017 di pasaran Jepun) terdapat seorang pemain yang digunakan tanpa kebenaran, walau bagaimanapun, syarikat kami sedang menggunakan (pemain ini) dengan sepatutnya, dengan perlesenan yang terdapat dalam kontrak.”

Apa pula tindakan seterusnya oleh Diego Maradona? Adakah beliau akan terus dengan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Konami?

Sumber: Kotaku

JomKomen!