Kali terakhir francais game horror ini berakhir dengan game Silent Hill: Downpour. Namun, pada Ahad lepas ada perkembangan terbaru tentang game Silent Hill.
Selain daripada tweet rasmi di Twitter, satu laman web rasmi telah dilancarkan untuk kiraan detik sebelum mencapai tarikh majlis pada 19 Oktober ini.
Malah, artis asal Silent Hill iaitu Masahiro Ito juga retweet pengumuman Silent Hill terbaru itu, memberi klu bahawa beliau juga terlibat. Ito pernah terlibat dalam 3 buah game pertama sebagai pengarah dan juga bertanggungjawab mencipta raksasa yang ada dalam game.
Pada tahun 2020, beliau telah mengesahkan bahawa dia sedang menghasilkan projek baharu. Post di akaun Twitter berkata “Saya sedang menghasilkan projek baharu bersama ahil pasukan. Saya harap ia tidak dibatalkan.”
Jawatankuasa Game Rating South Korea juga baru-baru ini telah menilai sebuah game Silent Hill yang belum diumumkan. “Silent Hill: The Short Message”. Penerbit game tersebut disenarai sebagai UNIANA. Sebuah syarikat yang selalu menerbitkan game Konami di Korea Selatan.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?