in , , , , ,

Konami Akan Jual Berasingan Mode Master League Sebagai DLC Dalam eFootball

Dua hari lalu, Konami telah menggegarkan dunia gaming apabila mengumumkan pembuangan jenama PES, hanya berjudul eFootball, seterusnya bertukar ke model bisnes percuma (free-to-play) sepenuhnya.

Setelah mendedahkan game tersebut dalam kenyataan yang amat kabur, ramai beranggapan tiada langsung mode-mode offline, khususnya mode klasik yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Master League, kerana hanya memfokuskan mode-mode online.

Dalam satu tweet terbaharu, Konami telah mengumumkan bahawa Master League tetap akan ditampilkan dalam game live-service itu. Ia bakal dijual secara berasingan sebagai satu kandungan tambahan (DLC) tidak wajib (optional) pada masa akan datang. Dalam kata lain, ia tidak akan tersedia semasa pelancaran kelak kerana ia akan ditambah kemudian.

Konami turut menyatakan yang mode itu hanya akan ditampilkan untuk platform yang mampu memainkannya (compatible). Kemungkinan besar, ia hanya akan dilancarkan ke konsol dan PC, tiada untuk peranti mobile.

Maksudnya, pemain boleh saja memainkan game itu secara percuma dengan mode-mode online. Namun, pemain diberikan pilihan untuk membeli Master League, sekiranya berminat.

Harganya tidak didedahkan buat masa ini. Jika ia dijual dengan harga yang lebih murah berbanding membeli sebuah game penuh (USD60), maka penulis boleh katakan ia sebenarnya memberi manfaat kepada sesetengah pemain yang hanya berminat untuk bermain sesetengah mode sahaja. Bergantung juga kepada apakah kandungan yang akan disajikan dalam ‘DLC’ berasingan ini.

Apakah Konami akan turut menjual mode-mode lain, seperti Become A Legends atau Team Lobby, secara berasingan? Kemungkinan itu ada, namun tiada apa-apa kenyataan dari Konami setakat ini.

Tiada tarikh pelancaran diumumkan, namun Konami mengatakan eFootball akan dilancarkan pada musim luruh ini (sekitar September-Disember) untuk PC (Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, iOS dan Android. Fungsi cross-play juga akan disokong untuk semua platform.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dead Space Remake Diumumkan Secara Rasmi Untuk PS5, PC, Xbox Series, Saksikan Teaser Trailer

Genshin Impact x Horizon Zero Dawn – Aloy Masuk Ke Dunia Teyvat