in , , , ,

Komuniti FIFA Pro Clubs Anjurkan Kejohanan Amal Bantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Dalam apa jua hobi yang kita ceburi, ia tidak seharusnya berpaksikan hiburan semata-mata. Ketika mengisi masa lapang bersama rakan-rakan, kekuatan tenaga yang digembleng ramai ini boleh digunakan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh komuniti gaming ini, atau lebih tepat lagi komuniti FIFA Pro Clubs — iaitu sebuah mode dalam siri game FIFA yang bermain secara 11v11. Sembilan pemain setia Pro Clubs telah muncul dengan idea untuk menganjurkan sebuah kejohanan amal yang akan membantu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Sekiranya korang masih ingat, Darul Quran Ittifaqiyah meniti di tajuk-tajuk utama berita nasional apabila pusat tahfiz itu ditimpa bencana kebakaran menyayat hati pada September 2017. Seramai 23 maut, termasuklah 21 pelajar dan 2 guru.

Kejohanan amal yang turut mendapat dokongan VPG Malaysia dan VPG Singapore ini akan berlangsung dari 3 hingga 11 September ini. Setiap pasukan berdaftar dikenakan bayaran sebanyak RM15, dan semua yuran tersebut akan disumbangkan kepada Darul Quran Ittifaqiyah.

Komuniti FIFA Pro Clubs Anjurkan Kejohanan Amal Bantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

JomGaming sempat berbual bersama salah seorang daripada sembilan individu yang menjayakan kejohanan amal ini, iaitu Mohd Khairil Azim Mohd Heder atau lebih dikenali sebagai “Dol_keke”, untuk bertanyakan bagaimana tertimbulnya idea ini serta sambutan yang diberikan komuniti.

JomGaming: Macam mana boleh terdetik untuk anjurkan kejohanan amal ini? Apa yang mendorong?

Khairil: Saya terdetik hati untuk membantu saudara Rieyku [Mohd Hairi Malek] setelah dia menyatakan ingin membuat kejohanan berunsur amal kepada masyarakat setempat. Saudara Rieyku nak menunjukkan bahawa semua pemain Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang bermain Pro Clubs bukan sekadar ingin mengisi masa lapang atau mengejar kejuaraan sebagai pemain bola sepak secara maya. Ingin memupuk semangat setia kawan dan merapatkan silaturahim antara semua pemain Pro Clubs di peringkat Asia tenggara khususnya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

JomGaming: Mengapa pilih Darul Quran Ittifaqiyah?

Khairil: Perbincangan melalui telefon telah dibuat antara saya dan Rieyku dan kami berpendapat adalah lebih baik membantu Darul Quran Ittifaqiyah kerana pusat tahfiz ini telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan kejadian khianat kebakaran hingga menyebabkan ramai bakal ustaz yang telah kehilangan nyawa. Setelah saya menghubungi Rieyku, saya terus teringat saya ada seorang sahabat serta pemain Pro Club yang telah berjaya uruskan satu kejohanan pada bulan puasa lepas untuk memberi tunjuk ajar tentang selok-belok pertandingan yang kami nak anjurkan. Beliau juga salah satu admin di VPG. Setelah mendengar niat murni saya dan Rieyku untuk membuat kejohanan ini, beliau terus memberitahu bos besar VPG dan alhamdulillah pihak VPG membenarkan kami menggunakan platform VPG untuk jadual, grouping dan keputusan dengan ikhlas. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjayakan program ini.

JomGaming: Macam mana sambutan daripada komuniti Pro Clubs?

Khairil: Sambutan sangat memberansangkan. Kami mendapat puluhan penyertaan daripada komuniti Pro Clubs PS4. Apa yang lagi menyentuh perasaan kami adalah ada pemain yang menyumbang lebih daripada yuran penyertaan untuk kutipan derma. Kami ucapkan ribuan terima kasih.

JomGaming: Apa harapan tuan daripada penganjuran kejohanan amal ini?

Khairil: Hasrat kami adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa kami kelompok gamer mampu menyumbangkan sesuatu untuk pusat tahfiz ini dengan menghulurkan seberapa banyak sumbangan yang datang dari para pemain Pro Clubs. Dengan bantuan dari rakan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, kami telah merangka kejohanan amal ini yang akan disiarkan secara langsung melalui platform Facebook.

JomGaming: Boleh kongsikan lebih lanjut tentang siaran langsung tersebut?

Khairil: Saya juga mendapat satu idea untuk menyebarkan niat murni ini. Saya telah naikkan satu status di Facebook Group LPM untuk mencari streamer-streamer Pro Clubs untuk menyiarkan beberapa perlawanan siaran langsung untuk setiap pasukan yang bertanding. Alhamdulillah. Setakat ini, ada lapan orang termasuk saya dengan seikhlas hati untuk sertai program ini. Salah satu objektif ini adalah untuk menjadikan semua streamer ini dikenali ramai serta mengembangkan bakat untuk menjadi pengulas. Penaja utama kejohanan ini juga seorang streamer iaitu Adekfahmi Gaming.

Komuniti FIFA Pro Clubs Anjurkan Kejohanan Amal Bantu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Mohd Hairi Malek (Rieyku) ketika bertemu dengan wakil Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketika artikel ini ditulis, masih ada beberapa slot kosong bagi memeriahkan kejohanan amal ini. Pihak penganjur menjemput mana-mana pasukan FIFA Pro Clubs tempatan yang ada di luar sana untuk sama-sama menjayakan usaha murni ini.

Sekiranya berminat, atau ingin mendapatkan butiran lanjut, boleh hubungi Mat Yen di Facebook.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Interactive Thriller Twelve Minutes Menampilkan Nama-Nama Hollywood Yang Terkenal

Game Interaktif-Thriller, Twelve Minutes Menampilkan Pelakon Hollywood Terkenal – James McAvoy, Daisy Ridley & Willem Dafoe

Auto Draft

Tonton Trailer Mafia Definitive Edition Yang Memaparkan Tommy Menyertai Keluarga Mafia Salieri