in , ,

Komposer Game The Last of Us Akan Turut Bikin Muzik Untuk Siri Di HBO

Aura yang ada dalam game The Last of Us tidak akan terasa seperti apa yang kita alami tanpa sentuhan Gustavo Santaolalla.

Mungkin ada yang tidak mengenali susuk tubuh Gustavo Santaolalla. Beliaulah yang bertanggungjawab menghidupkan suasana game yang dibangunkan Naughty Dog itu, dalam kedua-dua game pertama dan sekuelnya nanti, melalui muzik-muzik ciptaannya yang mengasyikkan.

Terkini, Neil Druckmann telah mengesahkan bahawa Santaolalla akan turut ditugaskan sebagai komposer untuk siri televisyen adaptasi game itu yang akan diterbitkan HBO.

Dalam tweet yang dinaikkan, Druckmann berkata, “Ini sangat mengujakan! Meneruskan pinjaman bakat muzik beliau kepada The Last of Us Part II, Gustavo Santaolalla akan menyertai kami untuk membawakan The Last of Us ke HBO!”

Santaolalla merupakan seorang komposer muzik yang pernah memenangi Academy Award melalui filem Brokeback Mountain, Making a Murderer (dokumentari di Netflix) serta banyak lagi karya beliau sekitar 1980-an.

Adaptasi game berlatarbelakangkan pasca-apokalips ini akan mendapat kerjasama antara Craig Mazin, penulis untuk siri mini Chernobyl di HBO, dan Neil Druckmann, orang penting dari Naughty Dog yang menjadi penulis utama untuk game asal The Last of Us serta sekuelnya yang akan dikeluarkan pada tahun ini.

Siri TV The Last of Us ini merupakan karya pertama daripada PlayStation Productions, sebuah kumpulan penerbitan filem dan TV di bawah Sony Interactive Entertainment.

Buat masa ini, pembikinan siri TV ini masih lagi di peringkat awal, dan tiada waktu pelancaran didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Witcher Baru Disahkan Akan Dibangunkan Selepas Pelancaran Cyberpunk 2077

Sony Dilaporkan Cuba Mendamaikan Kojima Dan Konami Untuk Bangunkan Semula Silent Hill