in

Komik Dark Souls Laku Macam Pisang Goreng, Hasil Lukisan Anak Watan

Dalam masa sehari sahaja, komik yang pertama untuk Dark Souls habis di pasaran. Bagi mereka yang tidak tahu, komik ini dilukis oleh Alan Quah yang merupakan warga Malaysia.

dark-souls-comic-03

Komik ini memberikan kisah yang lebih mendalam bagi mereka yang meminati siri Dark Souls. Penulis komik ini, George Mann menjanjikan kisah pengembaraan seorang pahlawan menghadapi cabaran dan rintangan dalam dunia Dark Souls yang tiada belas kasihan.

Bagi mereka yang terlepas peluang mendapatkan komik Dark Souls #1, nantikan cetakan yang kedua yang bakal keluar tidak lama lagi. Komik Dark Souls ini mungkin boleh didapati melalui kedai komik seperti The Comics Corner atau pun Comics Mart. Anda juga boleh mendapatkannya terus dari penjual luar negara seperti Amazon.

dark-souls-Alan-Quah-01Alan Quah, mungkin agak asing kepada sesetengah pengumpul komik di Malaysia. Namun begitu, nama ini berada di pentas antarabangsa sudah agak lama. Beliau merupakan salah seorang pelukis untuk DC Comics dan juga telah membuka studionya sendiri yang bernama KomikakiStudio.

dark-souls-comic-02

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Nama Game Berikutnya Dah Leak!

Tarikh Open Beta Paragon Diumumkan!