Bulan September merupakan bulan yang paling meriah kerana kita masih lagi merasai kehangatan semangat kemerdekaan sehingga ke 16 September nanti.
Bukan sahaja itu, bulan September penuh dengan cuti-cuti umum dan ramai daripada korang ambil kesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga serta rakan taulan.
Untuk gamers pula, masa inilah nak penuhkan library PS4 dengan game percuma untuk PlayStation Plus pada bulan ini. Jom kita cuti-cuti game bersama lima game percuma bagi PlayStation Plus Asia (R3) bermula pada 6 September sehingga 3 Oktober:
Destiny 2 (PS4) – Boleh dapatkan sekarang sehingga 3 Oktober
Menyambung kembali tugas sebagai Guardians, Destiny 2 merupakan game action shooter berbentuk online shared open-world. Sekuel yang dibangunkan oleh Bungie ini lebih besar berbanding game asal iaitu berikan skala besar bagi PvE (player versus environment) dan PvP (player versus player) dan membolehkan korang merayau-rayau ke seluruh planet dengan mod ‘free roam’.
JomBaca: Destiny 2: Social Shooter Dari Bungie Ini Boleh Beli or Boleh Blah!?
Destiny 2 adalah game yang cukup aktif update content hampir tiap-tiap tahun tapi game yang diberikan percuma untuk PS4 adalah sekadar game base sahaja. Namun, tak kenal maka tak cinta. Terdapat empat content setakat ini tapi menjelang 4 September, Bungie akan melancarkan Destiny 2: Forsaken.
Apa yang menarik tentang DLC baru ini? Penulis kami dah bagi 7 sebab Destiny 2: Forsaken akan menarik lebih ramai pemain baru.
God of War III Remastered (PS4)
Kratos yang dahulu bukan sama seperti sekarang. Setelah dikhianati oleh Zeus dalam God of War 2, Kratos tidak akan berehat selagi Olympus tidak musnah sepenuhnya.
Kerana dendam kesumat, Kratos akan hack-and-slash dan menggunakan apa segala cara untuk mencari Pandora Box serta menjatuhkan semua Greek God di Olympus.
Zero Escape: Zero Time Dilemma (PS Vita)
Zero Time Dilemma benar-benar memberi dilema kepada pemain. Dalam game berbentuk naratif interaktif seperti Life is Strange dan Detroit: Become Human, korang mengawal hidup 9 karakter yang diculik oleh seorang penjenayah bernama Zero.
Korang perlu mengumpul dan mencantum segala klu korang boleh cari dalam sesuatu bilik dalam masa 90 minit. Selain itu, terdapat permasalahan teka-teki ala-ala escape room korang harus selesaikan untuk loloskan diri dari tempat dilema.
SoulCalibur V (PS3)
Bagi mengubat rindu korang menunggu SoulCalibur VI, jom main SoulCalibur V terlebih dahulu dengan 28 karakter termasuk 10 karakter baru dan karakter yang sudah lama berada dalam siri ini seperti Siegfried, Voldo, Ivy dan Tira.
Siri SoulCalibur tidak lengkap tanpa ada watak video game lain. Bagi game fighting ke-5 ini, Ezio Auditore dari Assassin’s Creed memasuki gelanggang perlawanan SoulCalibur.
Another World: 25th Anniversary Edition (PS4, PS3, PS Vita)
Akibat tersilap langkah dalam menjalankan eksperiman, seorang saintis muda bernama Lester terperangkap dalam dunia penuh alien yang mengancam nyawanya.
Walaupun sudah dilancarkan sejak dua dekad lalu, Another World memberikan impak yang cukup besar dalam industri game development. Gaya efek sinematik dalam cutscenes Another World memberikan aspirasi kepada pembentukan game-game terkenal yang korang tahu seperti Metal Gear Sold, Ico dan Silent Hill.
Kalau korang terlepas pandang game-game apa yang percuma untuk bulan Ogos, dapatkan koleksi game segera PS Plus anda di sini sehingga ke 5 September.
Comments
Loading…