Bulan Oktober 2018 dipenuhi dengan beberapa game AAA yang ramai nanti-nantikan seperti Assassin’s Creed Odyssey, Call of Duty: Black Ops 4 dan Red Dead Redemption 2.
Di sebaliknya game-game popular ini, apa agaknya yang akan ditawarkan dalam koleksi game percuma PlayStation Plus untuk rantau Asia (R3)? PlayStation Asia baru sahaja mengumumkannya dan korang boleh lihat senarai ini di bawah:
- Rocketbirds 2 (PS4)
- Portal Knights (PS4)
- Thumper (PS4)
Game-game ini boleh korang dapatkan secara percuma bermula dari 4 Oktober hingga 7 November 2018.
Di samping itu, mereka turut mengumumkan yang satu sesi Free Multiplayer Weekend akan diadakan dari 5 hingga 7 Oktober ini. Bermakna, korang tidak perlukan langganan PS Plus untuk mengakses fungsi-fungsi online multiplayer.
Sekiranya korang belum dapatkan game-game PS Plus percuma untuk bulan September 2018, jangan lupa untuk ambilnya pada hari ini, hari terakhir (3 Oktober).
Comments
Loading…