in , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Ogos 2018

Menjelang bulan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta, mari kita lihat koleksi game percuma PlayStation Plus pada bulan Ogos ini.

Kini kita sudah tiba ke bulan Ogos dan sudah semestinya pelanggan PlayStation Plus mesti tertanya game-game apa yang bakal percuma untuk dimainkan. Berikut adalah lima game percuma untuk PlayStation Plus Asia (R3) dari 9 Ogos sehingga 5 September.

Mafia III (PS4)

Mafia III mengisahkan seorang veteran yang berkhidmat dalam perang Vietnam bernama Lincoln Clay pulang kembali ke kampung halaman di New Bordeaux. Namun, dia dikejutkan dengan pembunuhan keluarga angkatnya yang dilakukan oleh mafia Itali. Demi membalas dendam terhadap pembunuhan kejam keluarganya, Clay membentuk satu kumpulan mafia terdiri daripada pelbagai penjenayah untuk menghapuskan mafia Itali di bandar itu.

Syberia 3 (PS4)

Kate Walker kembali ke jelajah Siberia dalam siri ketiga Syberia. Semasa Kate cuba meloloskan diri dengan menggunakan sebuah rakit usang dari sebuah pulau di Siberia, dia hampir menemui ajalnya tetapi sempat diselamatkan oleh kaum Youkul. Oleh kerana terhutang budi pada kaum Youkul, Kate akan menyelesaikan teka-teki dan permasalahan bagi membantu kaum Youkul sepanjang perjalanan mereka bagi mencari kuil yang hilang.

Assassin’s Creed Chronicles – Trilogy (PS Vita)

Assassin’s Creed Chronicles menggabungkan tiga game yang diterajui oleh tiga assassin dari negara berbeza: Shao Jun dari China, Arbaaz Mir dari India dan Nikolai Orelov dari Rusia. Ketiga-tiga assassin ini ditampilkan dengan cerita mereka tersendiri dalam gameplay berbentuk 2.5D. Setiap assassin mempunyai senjata seperti lastik dan bayonet serta dibantu dengan kebolehan assassin.

Draw Slasher (PS Vita)

Sukakan Fruit Ninja? Anda akan tentu suka game ini kerana anda akan bermain sebagai seorang ninja bernama Hanzo (bukan dari Overwatch, ya) yang menggunakan pedangnya untuk menewaskan lanun yang bertukar menjadi zombi. Permainannya cukup mudah, anda cuma perlu menggunakan satu jari untuk membelah zombi dan sentuh skrin PS Vita untuk lompat dan melarikan diri.

Bound by Flame (PS4, PS3)

Apabila dunia hancur dek kerana terhimpit dalam percanggahan antara tujuh Ice Lords dan Dead-Army, anda akan bermain sebagai askar upahan yang dirasuk oleh sejenis syaitan berapi. Rasukan itu membuatkan anda lebih kuat tetapi semakin anda menggunakannya, anda akan kehilangan nilai kemanusiaan yang wujud dalam diri anda. Dalam game berbentuk RPG, anda boleh pilih antara tiga kelas: Fighter, Ranger dan Pyromancer dan bergerak bersama-sama karakter lain untuk mengembalikan kegemilangan Vertiel.

Kalau anda terlepas pandang game-game apa yang percuma untuk bulan Julai ini, dapatkan koleksi game segera PS Plus anda di sini sehingga ke 8 Ogos.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Khabar Angin: FIFA 19 Akan Bawakan Mode 5v5 Seperti FIFA Street, Ada “Last Player Standing”

Trailer Acah Life is Strange 2 Dikeluarkan, Memaparkan Satu Kuasa Luar Biasa