in , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Mac 2018

Kepada penggemar Dark Souls, anda tentu gembira melihat koleksi game segera PlayStation Plus untuk bulan Mac.

Sudah tiba masanya untuk kita ketahui game percuma apa yang bakal menyusul dalam koleksi pada bulan ini!

Jom kita lihat empat game yang bakal tiba pada 8 Mac sehingga 4 April untuk PlayStation Plus Asia (R3):

Bloodborne (PS4)

Daripada studio yang membawakan siri Dark Souls, Bloodborne adalah sebuah game aksi RPG. Anda bermain sebagai seorang Hunter menyelusuri satu malam aneh di kota Yharnam di mana semua penghuni kota itu dijangkiti penyakit aneh. Oleh itu, Hunter harus menyiasat punca sebenar wabak ini sambil mengalahkan raksasa-raksasa berleluasa di kota Yharnam.

Garou: Mark of The Wolves (PS4, PS Vita)

Sebuah game arked terkenal dibawakan ke dalam PS4 dan PS Vita, Garou: Mark of The Wolves merupakan salah satu game tergolong dalam siri Fatal Fury. Edisi game kali ini memperkenalkan sistem T.O.P (Tactical Offense Position) dan Just Defend. Pilihlah karakter kesukaan anda untuk berdepan dengan semua bos untuk mendapatkan ‘special ending’!

Bombing Busters (PS4, PS Vita)

Mengambil inspirasi daripada Bomberman, Bombing Busters memberikan anda 30 teka-teki di lima peta berbeza-beza suasana yang boleh diletupkan. Selain itu, terdapat lima bos mencabar yang pasti membuatkan anda meletup. Anda juga boleh bergabung meletup seramai 4 pemain (local co-op) dan 8 pemain (multiplayer) menyelesaikan teka-teki mencabar ini.

The Darkness II (PS3)

The Darkness II merupakan sekuel kepada game first-person, The Darkness di mana pemain membawakan watak Jackie Estacado memegang kuasa The Darkness yang membolehkan dia menggunakan “Creeping Dark” iaitu membolehkan penggunaan tentakel dan dua senjata sekaligus. Namun, Jackie tidak boleh terdedah kepada cahaya terang kerana boleh menyebabkan Jackie tidak boleh melihat dengan jelas.

Bagi yang belum berkesempatan untuk melihat koleksi game PlayStation Plus pada bulan Februari ini, anda masih boleh masukkan dalam library sebelum tiba 7 Mac 2018.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Macam Mana Rupanya Kalau P.T. Silent Hills Dikeluarkan Pada Tahun 1998 Semasa Era PS1?

Fortnite Akan Bawakan Persamaan Control Antara Battle Royale Dan Save the World