in , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Jun 2018

Apa pula game percuma yang akan diberikan untuk bulan ini?

Sedar tak sedar, kita telahpun sampai ke pertengahan tahun 2018. Jadi, jom kita tengok apa yang akan ditampilkan dalam game percuma untuk langganan PlayStation Plus rantau Asia (R3) untuk bulan Jun 2018:

  • XCOM 2 (PS4)
  • Trials Fusion (PS4)
  • Q*bert: Rebooted (PS4, PS3 & PS Vita)
  • Vostok Inc. (PS4, PS Vita)
  • Psycho-Pass: Mandatory Happiness (PS4, PS Vita)
  • Tom Clancy’s Ghost Recon: Future Soldier (PS3)

Game-game ini korang boleh dapatkan bermula 7 Jun hingga 4 Julai 2018.

Selain kandungan yang disebutkan di atas, pengumuman di laman PlayStation Asia pada kali ini agak kurang jelas dalam menyatakan apakah lain-lain kandungan yang akan dibawakan pada bulan Jun 2018.  Ada beberapa logo diletakkan, seperti Freestyle Football Dynamic Theme dan tema Hari Raya, namun tidak dijelaskan secara spesifik apakah kandungan tersebut.

Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya pihak Sony telah berkongsi lanjut tentang kandungan-kandungan tersebut.

Apa-apa pun, kalau korang belum dapatkan game-game percuma untuk bulan Mei 2018, korang sempat lakukannya sebelum 6 Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Astro Dan Nintendo Hasilkan Headset Bertemakan Zelda Untuk Nintendo Switch!

Borussia Dortmund Tamatkan Kontrak Bersama Siri PES Secara Mengejut