in , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Julai 2018

Enam bulan sudah pun berlalu, jadi apakah game percuma akan diberikan kepada pelanggan PlayStation Plus untuk bulan Julai?

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun menjalani ibadah puasa dan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Mesti tak menang tangan pergi jemputan rumah terbuka, kan? Maklumlah raya kan sebulan.

Sambil kita beraya tu, PlayStation masih menyediakan lagi koleksi game percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus. Mari kita lihat empat game percumaΒ untuk PlayStation Plus Asia (R3) dari 5 Julai sehingga 8 Ogos:

Call of Duty: Black Ops 3 (PS4) – Sehingga 11 Julai sahaja.

https://youtu.be/58Pspqx0XGs

Semasa persidangan PlayStation E3 2018 tempoh hari, Sony mengumumkan mereka akan memberikan Call of Duty: Black Ops 3 secara percuma sehingga 11 Julai ini sempena pelancaran untuk game Call of Duty seterusnya, Black Ops 4. Call of Duty: Black Ops 3 menampilkan co-op single campaign seramai 4 pemain, multiplayer lebih menarik dan juga mod Zombies tersendiri.

Omega Quintet (PS4)

Dunia yang kita ketahui selama ini sudah tidak selamat untuk menjalankan kehidupan tetapi satu pasukan idola Jepun bakal menyelamatkan kita daripada ancaman raksasa. Anda ditugaskan untuk memberikan persembahan hiburan untuk menumpaskan raksasa dengan nyanyian harmoni bersama pakaian yang mengancam musuh. Kalau anda ada PlayStation Camera, pemain boleh koreografi tarian tersendiri dan saksikan pasukan idola comel ini mengikut gerak geri anda!

Alone With You (PS4, PS Vita)

Seorang angkasawan terpaksa mencari jalan keluar dari koloni yang sudah musnah. Dia dibantu oleh rakan AI-nya dan juga berjumpa dengan 4 hologram istimewa tanpa menyedari dia memainkan peranan untuk membentuk jalan cerita romantik sains fiksyen.

XCOM Enemy Unknown Plus (PS Vita)

https://youtu.be/tZdanb02280

Anda bertugaskan sebagai komander markas XCOM bagi berdepan musuh yang tidak diketahui. Sebagai komander, anda harus menjalankan kajian dan memberikan strategi terbaik untuk mengalahkan anasir luar menyerang atas muka bumi ini.

Kalau anda terlepas pandang game-game apa yang percuma untuk bulan Jun ini, dapatkan koleksi game segera PS Plus anda di siniΒ sehingga ke 4 Julai.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Malam Tadi, Langit Terbelah, Fortnite Telah Digegarkan Dengan Pelancaran Roket Yang Menggerunkan!

iCON|Syno Gunakan Senjata Rahsianya – Team iCON Layak Ke Regular Season 2 MPL!