in , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Januari 2018

Mari kita mulakan tahun 2018 dengan game-game gempak percuma dalam koleksi bulan Januari 2018 ini!

Anda boleh mula dapatkan game percuma khas untuk pelanggan PS+ Plus pada 11 Januari sehingga 7 Februari 2018.

Jom kita lihat enam game yang bakal tiba pada bulan Januari untuk PlayStation Plus Asia (R3):

Deus Ex: Mankind Divided (PS4)

Deus Ex: Mankind Divided menampilkan kembali Adam Jensen lebih dinaiktaraf dengan teknologi augmentation baru sebagai seorang ejen dalam unit khas Interpol, Task Force 29 ditugaskan untuk menangkap kumpulan pengganas manusia yang di-augmented setelah mereka berubah menjadi ganas semasa kejadian buruk dalam Deus Ex: Human Revolution. Namun, Adam juga bekerja secara senyap untuk menangkap organisasi Illuminati yang bertanggungjawab di sebalik dalang keganasan tidak terkawal oleh manusia augmented.

Batman – The Telltale Series (PS4)

Daripada studio yang membangunkan The Walking Dead, Batman – The Telltale Series mengeksplorasi psikologi rapuh Bruce Wayne dalam mengimbangkan diri di antara kehidupan peribadinya dan juga kehidupannya memakai topeng pada waktu malam sebagai seorang adiwira Batman di bandar Gotham. Setiap keputusan anda lakukan akan mempengaruhi jalan cerita dalam konflik dan pergolakan kehidupan Bruce Wayne.

Uncanny Valley (PS4, PS Vita)

Uncanny Valley membawa masuk ke dalam mimpi seram menghantui Tom, seorang pengawal keselamatan bekerja di syif malam di satu fasiliti yang sudah ditinggalkan di sebuah lokasi tidak diketahui. Semakin lama dia bekerja di situ, semakin lama dia terjerumus dalam kegelapan di sebalik bilik-bilik kosong dalam kilang itu. Anda perlu perhatikan setiap langkah Tom kerana sebagai contoh jika Tom tercedera di bahagian lengan, dia tidak boleh memegang senjata untuk mempertahankan diri sendiri. Semoga berjaya!

StarBlood Arena (PS VR) 

Uji kebolehan anda bertempur sambil mengendalikan sebuah kapal di StarBlood Arena secara 360 darjah! Anda boleh pilih 9 hero masing-masing mempunyai skil mereka tersendiri dan tunjukkan kekuatan anda dalam arena ini melalui kaca mata PS VR.

BioShock Infinite: Ultimate Edition (PS3)

BioShock Infinite: Ultimate Edition menampilkan jalan cerita yang memenangi pelbagai anugerah termasuk sekali dengan DLC Burial at Sea dan Clash In The Clouds. Game FPS ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Elizabeth dikurung sejak kecil di satu kota Colombia terapung di atas udara pada tahun 1912. Tugas anda? Anda bermain sebagai seorang bekas ejen Pinkerton, Booker DeWitt ditugaskan untuk menyelamatkan Elizabeth.

Sacred 3 (PS3)

Rindukan game hack n’ slash seperti God of War? Sacred 3 lebih banyak aksi yang anda boleh kongsikan dalam mod co-op online seramai 4 orang dan offline sebanyak 2 orang bersama rakan anda. Anda boleh pilih pelbagai hero untuk mengalahkan Zane Ashen bersama serangan musuh bertalu-talu tanpa henti daripada mendapatkan artifak berkuasa Heart of Ancaria.

Fuh, boleh tahan koleksi game untuk memulakan bulan pertama dalam tahun baru ini!

Bagi masih belum lihat koleksi game PlayStation Plus untuk bulan Disember seperti Ratchet & Clank dan Knack, anda boleh klik di sini. Anda masih boleh dapatkan koleksi game percuma sehingga 10 Januari 2018.

Sumber: PlayStation Asia

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bagaimana Nak Hentikan Iklan Game Yang Muncul Tiba-Tiba Di Menu Utama PS4?

Death Stranding Dibangunkan Dengan Begitu Pantas Sehingga Buat Bos Besar Di Sony Terkejut!