Dua game yang diberikan PlayStation Plus pada bulan ini adalah yang terbaik pernah mereka tawarkan, setuju?

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan Februari 2019. Ianya adalah seperti berikut, yang akan boleh diambil dari 7 Februari hingga 6 Mac:

  • For Honor
  • Hitman: The Complete First Season
  • Shake That Controller

Satu Theme PS4 bertemakan perayaan Tahun Baru Cina juga akan diberikan.

Langganan PlayStation Plus telah memulakan tahun 2019 dengan begitu meriah. Dua bulan pertama, tiga game AAA dari Ubisoft telah diberikan — iaitu Steep dan The Division untuk Januari dan For Honor untuk Februari.

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Januari 2019, korang masih ada masa sehingga 6 Februari ini.

JomKomen!