in , , , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Februari 2017

Pada bulan ini, PS Plus menyajikan game menarik yang akan berada dalam PlayStation Store bermula pada 9 Februari sehingga 8 Mac.

Enam game percuma eksklusif untuk pelanggan PS+ Asia (R3) adalah:

Little Big Planet 3 (PS4)

Maskot PlayStation, Sackboy kini kembali bersama karakter baru di planet Bunkum! Kenali Swoop, Toggle dan Oddsock dengan kebolehan mereka yang tersendiri dalam pengembaraan hebat dalam Little Big Planet 3.

Until Dawn (PS4) untuk 9 Februari sehingga 22 Februari sahaja

Sukakan game ngeri seperti Resident Evil 7 baru-baru ini? Until Dawn mungkin memberi efek sama untuk anda. Alami cerita seram oleh lapan sekawan yang terperangkap di sebuah gunung terpencil dan semua takdir yang menentukan hidup mati setiap karakter terpulang kepada anda.

Not A Hero (PS4)

Seorang pembunuh upahan bertukar menjadi pengurus kempen mengundi, Steve bersama sekumpulan pembunuh upahan dengan cara mereka yang tersendiri. Singkirkan penjenayah-penjenayah dan meyakinkan pengundi untuk mengundi kempen anda dalam game 2¼D cover-based indie shooter.

Spelunky (PS4, PS3, PS Vita)

Mari mengembara ke bawah tanah bersama Spelunky menerokai pelbagai flora dan fauna yang hidup di dalam hutan bawah tanah dalam game 2D ini.

Color Guardians (PS4, PS Vita)

Game penuh aksi dan juga dipenuhi warna yang anda pasti tertarik! Game action side-scrolling menampilkan pelbagai halangan berbahaya untuk mempertahankan dunia penuh warna-warni.

TorqueL (PS4, PS Vita)

Peminat game puzzle pasti sukakan game ini! Game berbentuk 2D ini memanjangkan cube dan bergolek untuk menyelesaikan cabaran puzzle.

God of War III Remastered (PS4) juga percuma bagi PS Plus dari 26 Januari sehingga 8 Feb.

Anda masih boleh lagi mendapatkan koleksi game segera Januari 2017 sehingga 8 Februari 2017.

Sumber: PlayStation Blog Asia

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Wars Battlefront 2 Akan Mempunyai Story Campaign, Karakter Dari Pelbagai Era

Nioh – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik