Pejam celik pejam celik, kita sudahpun sampai ke bulan terakhir dalam tahun 2018. Jadi, game apa agaknya yang ditawarkan untuk Disember ini?

PlayStation Asia telah mengumumkan apakah senarai game percuma yang akan dibawakan mereka untuk langganan PlayStation Plus bagi rantau Asia (R3) untuk bulan Disember 2018. Game-game ini akan boleh mula diambil dari 6 Disember 2018 hingga 9 Januari 2019.

Game-game tersebut ialah:

  • Gravity Rush 2 (PS4)
  • GOD EATER 2 Rage Burst (PS4, PS Vita)
  • KATAMARI DAMASHII NO VITA (PS Vita)

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan November 2018, korang masih ada masa sehingga 5 Disember ini.

JomKomen!