Menu
in , , ,

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Mei 2018

Bulan Mei ini tidak lengkap bagi pelanggan PS Plus tanpa koleksi game percuma!

Kita sudah pun menghampiri ke pertengahan tahun 2018 dan sudah semestinya pengguna PS Plus menantikan apakah game-game yang bakal menjadi milik mereka untuk bulan Mei akan datang.

Jom kita lihat tiga game yang bakal muncul untuk PlayStation Plus Asia (R3) dari 10 Mei sehingga 6 Jun:

Rayman Legends (PS4)

Lagenda Rayman masih lagi berterusan dalam game platformer menarik ini! Dibangunkan oleh Ubisoft, Rayman bersama rakan-rakannya Globox dan Teensies dengan satu karakter baru, Barbara melangkah masuk ke satu khemah misteri dalam sebuah hutan magik.

Tanpa mereka sedari, mereka terperangkap masuk ke dalam lukisan-lukisan lagenda. Namun, Rayman dan rakan-rakannya harus berlari, melompat, mengikut rentak muzik untuk berhadapan dengan Nightmare serta menyelamatkan dunia.

TrackMania Turbo (PS4)

Ubisoft menampilkan bukan satu tapi dua game percuma untuk PS Plus pada bulan Mei ini! Antaranya adalah TrackMania Turbo di mana anda boleh berlumba dalam 200 trek yang disediakan dalam game ini. Setiap trek mempunyai keunikan dan cabaran tersendiri.

Pemain juga boleh menghasilkan cabaran trek rekaan anda sendiri dalam Trackbuilder dan kongsikan trek asli anda serta berlumba bersama kawan-kawan anda dalam mod offline atau online multiplayer seramai 4 orang.

Eufloria HD (PS Vita)

Anda rindu untuk bermain game real-time strategy (RTS) seperti Starcraft, Homeworld atau Command & Conquer? Eufloria HD membawa pemain sebagai seorang komander Eufloria yang bertapak di asteroid.

Anda ditugaskan untuk mengurus hasil pokok dinamakan Dyson dan menggunakan biji-biji yang menghasilkan pelbagai unit seperti unit serang, pertahanan dan lain-lain untuk menakluk asteroid yang berserakan di alam semesta yang besar.

Sekiranya anda terlepas pandang game-game apa yang percuma untuk bulan April, dapatkan koleksi game segera PS Plus anda di sini sehingga ke 9 Mei.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Leave a Reply

Exit mobile version