in , ,

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Ogos 2020

Dua game pada bulan ini pasti akan menggembirakan ramai.

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan Ogos 2020. Ianya adalah seperti berikut:

  • Fall Guys: Ultimate Knockout
  • Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered

Untuk Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered, korang sudah boleh muat-turun sekarang. Ini pautannya.

Untuk Fall Guys: Ultimate Knockout, ia akan boleh dimuat-turun pada 4 Ogos.

Kehadiran Fall Guys: Ultimate Knockout dalam senarai game percuma ini boleh dikatakan agak mengejutkan kerana ia sebenarnya akan dilancarkan sepenuhnya ke PC dan PS4 pada 4 Ogos ini. Bermakna, game ini akan terus masuk ke dalam langganan PS Plus serentak dengan pelancaran penuhnya.

Kalau korang masih ingat, langkah ini adalah sama yang dilakukan terhadap Rocket League pada tahun 2015 lalu, yang mana ia masuk ke dalam senarai game percuma PS Plus serentak dengan tarikh pelancarannya.

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Julai 2020, korang masih ada masa sehingga 3 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Plat Berwarna Putih PS5 Mungkin Boleh Dicabut/Diganti, Ini Gambar Tertiris

Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Netflix Umumkan Siri Prekuel The Witcher – 1,200 Tahun Sebelum Geralt of Rivia