Pejam celik, kita sudahpun sampai ke bulan kedua terakhir untuk tahun 2019. Jadi, apakah game percuma yang bakal diberikan Sony pada bulan ini?

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan November 2019. Ianya adalah seperti berikut, yang akan boleh diambil dari 6 November hingga 3 Disember:

  • Nioh
  • Outlast 2

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Oktober 2019, korang masih ada masa sehingga 5 November ini.

1 komen

JomKomen!