in , ,

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Jun 2020

Untuk bulan ini, Sony telah mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dalam mengumumkan apakah senarai game percuma yang ditawarkan dalam langganan PlayStation Plus.

Kelmarin, Sony telah mengumumkan bahawa game pertama yang akan diberikan secara percuma untuk bulan Jun ialah Call of Duty: WWII. Di kala tawaran game percuma bulan Mei masih belum lagi tamat, game shooter Perang Dunia Kedua dari Activision itu sudah boleh dimuat-turun terus.

Terkini, PlayStation Asia telahpun mendedahkan game kedua yang akan ditampilkan dalam bulan Jun — iaitu Star Wars Battlefront II. Bermakna, dua game pada bulan ini akan bertemakan shooter dan peperangan berskala besar — hanya berbeza galaksi.

Untuk WWII, seperti yang dinyatakan tadi, sudahpun boleh dimuat-turun sekarang, manakala untuk Battlefront II pula boleh mula muat-turun dari 2 Jun. Tawaran percuma untuk kedua-dua game ini akan tamat pada 6 Julai 2020.

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Mei 2020, korang masih ada masa sehingga 1 Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pemain Dota 2 Malaysia, MidOne Dan OG Derma Lebih RM435,000 Bantu Kekang Wabak COVID-19

Pemain Dota 2 Malaysia, MidOne Dan OG Derma Lebih RM435,000 Bantu Lawan Wabak COVID-19

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Acara Pendedahan PS5 Dijadualkan Akan Berlangsung Seawal Minggu Depan