in ,

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Januari 2020

Kita berharap agar tahun baharu 2020 dibuka dengan senyuman, namun nampaknya adalah sebaliknya.

PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan Januari 2020. Ianya adalah seperti berikut, yang akan boleh diambil dari 8 Januari hingga 3 Februari:

  • The Nathan Drake Collection
  • Goat Simulator

Kita pastinya tiada masalah dengan The Nathan Drake Collection kerana ia merupakan satu koleksi yang baik, iaitu versi remastered untuk ketiga-tiga game pertama Uncharted. Namun apa yang membuatkan kita marah apabila PlayStation Asia tetap memberikan Goat Simulator walaupun telah memberikannya pada Januari 2017, tepat 3 tahun yang sudah.

Mengapa perlu mengulang game yang sama? Harga langganan semakin bertambah, tetapi memberikan game yang sama? Tidak boleh diterima.

Apa-apa pun, bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Disember 2019, korang masih ada masa sehingga 7 Januari ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sekarang Korang Boleh Mainkan "Toss a Coin to Your Witcher" Dalam Beat Saber

Sekarang Korang Boleh Mainkan “Toss a Coin to Your Witcher” Dalam Beat Saber

Pokemon Sword & Shield: Boleh Beli or Boleh Blah!?