Setelah senarai game percuma yang seterusnya telah tertiris lebih awal daripada yang sepatutnya, akhirnya Sony telah mengumumkannya secara rasmi.
PlayStation Asia telah mengumumkan senarai game percuma yang akan diberikan dalam langganan PlayStation Plus untuk pasaran Asia (R3) bagi bulan April 2020. Ianya adalah seperti berikut, yang akan boleh diambil dari 7 April hingga 6 Mei:
- Uncharted 4: A Thief’s End
- Dirt Rally 2.0
JomBaca: Uncharted 4: A Thief’s End: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Mac 2020, korang masih ada masa sehingga 6 April ini.
Comments
Loading…