Semalam, semasa Tokyo Game Show (TGS) 2019, selain mengeluarkan trailer sinematik terbaru, Hideo Kojima turut telah mempersembahkan gameplay Death Stranding yang cukup panjang.

Gameplay selama 48 minit ini telah memperlihatkan pelbagai babak sinematik dan gameplay, antaranya babak pertempuran, berjalan di sekitar dunia yang amat luas, menghantar serta kehilangan pakej.

Paling menarik perhatian ialah apabila gameplay interaksi multiplayer dengan pemain lain juga diperlihatkan. Ia sememangnya boleh dimainkan secara offline sahaja, namun sekiranya pemain ingin bermain online, ia mempunyai sistem permesejan seperti siri Dark Souls (via MP1ST).

Korang boleh tontonnya sendiri di bawah:

Death Stranding akan dilancarkan 8 November ini untuk PS4.

JomKomen!