in , , ,

Kojima Tak Mahu Adaptasi Filem Death Stranding Kelihatan Sama Macam Game

Filem Death Stranding mungkin tidak akan membawa kembali karakter-karakter dari versi video game.

Menurut IGN dalam temu ramah bersama pengarah game, Hideo Kojima, berkata pasukan filem “masih belum tentukan” sama ada barisan karakter dari video game akan membuat kemunculan dalam adaptasi filem atau tidak.

Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Ini kerana karakter-karakter dalam versi video game menggunakan barisan pelakon terkenal seperti Norman Reedus, Lindsay Wagner, Léa Seydoux, Margaret Qualley, dan ramai lagi.

Kojima juga tidak mahu filem Death Stranding disasarkan kepada gamers sahaja. Beliau kedengaran seperti tidak mahu terlalu mengikut sumber asal dari game.

“Kegagalan adaptasi filem-filem sejak dulu telah membawa kepada banyak filem yang ingin memuaskan gamer, bukan? Sebab itu semua adaptasi itu kelihatan sama seperti game. Saya tak mahu filem Death Stranding jadi seperti itu.”

“Saya mahu mengambil pendekatan untuk mengubah dan mengevolusikan dunia Death Stranding yang sesuai dengan format filem,” kata Kojima. Beliau juga menambah Death Stranding sentiasa dianggap sebagai video game, tidak perlu untuk cuba dan tukarkan game kepada filem.

Kojima mendakwa filem Death Stranding adalah sesuatu “yang tiada siapa pernah lakukan dalam adaptasi filem dari game”. Beliau juga berharap untuk memberi inspirasi kepada penonton yang menonton filemnya untuk menjadi pencipta kepada karya mereka sendiri untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Steam Winter Sale Kini Bermula Sehingga 5 Januari

The Last of Us Adalah Kisah Teragung Dalam Gaming, Kata Craig Mazin