in , , ,

Kojima Sebenarnya Tak Suka Guna Judul ‘Director’s Cut’ Dalam Death Stranding, Dedah Beliau Sendiri

Ikon industri gaming, Hideo Kojima telah mendedahkan bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak suka menggunakan istilah ‘Director’s Cut’ dalam game akan datang, Death Stranding Director’s Cut.

Kojima mendedahkan perkara ini di Twitter, yang menjelaskan bagaimanakah sebenarnya istilah tersebut sepatutnya digunakan.

Beliau mengatakan bahawa ‘director’s cut’ (potongan pengarah) dalam sesebuah filem merupakan suntingan tambahan kepada versi yang telah dipendekkan, yang dikeluarkan secara berat hati sama ada disebabkan pengarah tidak mempunyai hak untuk menyuntingnya, atau disebabkan waktu tayangan yang perlu dipendekkan.

Dalam sesebuah game pula, menurut Kojima, ia bukanlah sesuatu yang telah ‘dipotong’, tapi sebaliknya sesuatu yang diterbitkan secara tambahan daripada apa yang pernah dikeluarkan.

Kojima kemudian dengan jelas menulis, “jadi, pada pandangan saya, saya tak suka ia dipanggil ‘director’s cut'”.

Selepas tweet ini dinaikkan, ramai sudah mula berspekulasi bahawa terjadi perbalahan antara pihak Sony dan Kojima Productions mengenai apakah judul yang hendak diletakkan dalam versi remastered PS5 + kandungan tambahan untuk Death Stranding itu. Bukti kuat mengatakan yang penggunaan judul ‘Director’s Cut’ adalah kemahuan Sony kerana ingin menggunakan judul yang seragam dengan Ghost of Tsushima Director’s Cut.

Mungkin ini juga sebab mengapa ada ura-ura mengatakan Kojima kini sedang membangunkan sebuah game eksklusif untuk Xbox — sudah merajuk dengan Sony dan ingin beralih ke Microsoft?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Controller Xbox Masih Gunakan Bateri AA Sebab Ada Perjanjian Dengan Duracell

Xbox Live Gold Dilaporkan Akan Dimansuhkan Apabila Pelanggan Xbox Game Pass Semakin Ramai

Game Mobile The Witcher Diumumkan, Tangkap Raksasa Macam Pokemon Go

Dengan Android 12, Pemain Boleh Main Game Terus Walau Masih Sedang Muat-Turunnya