in , , ,

Kojima Sahkan Masih Mempunyai Hubungan Yang Baik Dengan PlayStation

Antara pengumuman gaming terbesar pada bulan ini adalah pengesahan kerjasama antara Kojima Productions dengan Xbox Game Studios.

Kepada peminat Xbox, tentunya berita ini diraikan kerana bukan mudah untuk menarik salah seorang pencipta terbaik dalam industri untuk membikin game untuk mereka.

Walau bagaimanapun, ia menimbulkan kerisauan kepada para peminat PlayStation yang selama ini menyokong baik hasil kerja Kojima sejak beliau masih berada di bawah Konami lagi. Para peminat PlayStation merasakan yang Hideo Kojima mungkin tidak lagi berminat untuk membangunkan game untuk platform itu setelah pengumuman kerjasama bersama Microsoft.

Namun, Kojima dengan pantas telah meredakan dakwaan ini. Dalam satu tweet di akaun rasmi studio tersebut, Kojima Productions telah menenangkan hati para peminat PlayStation.

“Selepas pengumuman kerjasama kami dengan Microsoft yang menggunakan teknologi cloud, ramai yang bertanya kami tentang kolaborasi kami dengan SIE [Sony Interactive Entertainment],” ujar tweet tersebut.

“Tolong ambil maklum bahawa kami terus mempunyai kerjasama yang sangat baik dengan PlayStation juga.”

Apa yang Kojima dedahkan buat masa ini tentang projek game bersama Microsoft ini adalah ia merupakan sebuah game yang beliau “sentiasa ingin bikin sejak sekian lama” dan sesuatu yang “tidak pernah dialami” dalam mana-mana game sebelum ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ragnarok X: Next Generation Raikan Ulang Tahun Pertama Dengan Crossover Attack on Titan

Bethesda Sahkan Takkan Ada Suara Dialog Untuk Karakter Pemain Dalam Starfield