in

Kojima Productions Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Kaitkannya Dengan Pembunuhan Shinzo Abe

Apa perkaitan antara Hideo Kojima, pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun dan tindakan undang-undang?

Mungkin ada antara korang yang terlepas mengenai berita ini. Jadi, kisahnya begini.

Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Suspek yang bernama Tetsuya Yamagami telahpun berjaya diberkas sebaik sahaja tembakan kedua jarak dekat dilepaskan ke arah Abe.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab umpama menyimbah minyak ke dalam api dengan mengaitkan suspek tersebut dengan pembangun game terkenal, Hideo Kojima.

Pada asalnya, menurut PC Gamer, berita palsu ini dikatakan hanyalah satu jenaka yang dinaikkan di forum 4Chan, kemudian diciap di Twitter oleh seorang pelawak dari Perancis, yang berseloroh Kojima juga merupakan pemain J-League dan legenda AC Milan.

Tweet tersebut kemudian di-retweet oleh ahli politik pelampau kanan (far-right) Perancis, Damien Rieu. Rieu tersalah anggap bahawa jenaka itu adalah fakta. Selepas itu, beberapa media arus perdana di beberapa negara barat mula menyebarkan beberapa gambar Kojima kerana terperdaya dengan “fakta” tersebut.

Melihat kepada berita palsu ini yang semakin sukar dibendung, Kojima Productions telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengecam tindakan mengaitkan pengasasnya dengan pembunuhan tragik itu.

“Kojima Productions mengecam sekeras-kerasnya penyebaran berita-berita palsu dan khabar angin yang membawa maklumat palsu,” ujar kenyataan tersebut.

“Kami tidak bertoleransi dengan perbuatan fitnah itu dan akan mempertimbang pengambilan tindakan undang-undang dalam sesetengah kes.”

Perbuatan perkauman seumpama ini seharusnya tidak berlaku dalam apa jua keadaan. Kami di JomGaming turut mengecam tindakan tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umum Game Mobile The Division Resurgence, Daftar Sekarang Untuk Sesi Alpha Tertutup

Apex Legends Akan Bertukar Ke Map Baru, Bersedia Untuk Bertempur Di Atas Kereta Api Bergerak

Game Single-Player Baharu Dalam Universe Apex Legends Nampaknya Sedang Dibangunkan Respawn