Soalan yang sering dibangkitkan sejak sekian lama — “Bilakah Hideo Kojima ingin membikin filem?” — mungkin sudah boleh ditamatkan pada ketika ini.
Syarikat yang diasaskan dan diketuai oleh Hideo Kojima, iaitu Kojima Productions kini telah melancarkan sebuah divisyen baharu yang didedikasikan untuk filem, televisyen dan muzik.
Menurut GamesIndustry.biz, divisyen baharu ini akan berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat — berbeza dengan ibu pejabat Kojima Productions yang terletak di Tokyo, Jepun.
Divisyen baharu ini dikatakan akan membawa game-game yang dibangunkan studio tersebut kepada beberapa ruang budaya pop lain. Buat masa ini, selepas berpisah dengan Konami, satu-satunya game terbitan Kojima Productions adalah Death Stranding.
Divisyen baharu ini akan diketuai oleh Riley Russell, yang sebelum ini telah bertugas bawah PlayStation selama 28 tahun memegang beberapa jawatan, antaranya ketua pegawai perundangan dan naib presiden perhubungan bisnes.
Comments
Loading…