in

Kojima Kata Photo Mode Dalam Game Akan Meningkatkan Skil Fotografi Sebenar

Setiap pandangan oleh ikon industri gaming, Hideo Kojima yang diciap di Twitter sentiasa mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, beliau telah membidas sesetengah pihak yang memperkecilkan usaha gamer yang mengambil gambar dalam game melalui photo mode.

Kojima berpandangan bahawa apabila seseorang sentiasa menangkap gambar, walaupun dalam game, sensitiviti dan skilnya akan dapat ditambahbaik. Pengalaman dalam game ini, menurutnya, apabila bermain-main dengan komposisi, layout, fokus dan lain-lain, akan membantu apabila individu tersebut menangkap gambar menggunakan kamera sebenar atau telefon pintar.

Penulis sememangnya bersetuju dengan pandangan Kojima ini. Selain dapat meningkatkan skil fotografi, gamer juga dapat menikmati sesebuah game itu dengan lebih dekat apabila melihat setiap perincian yang terdapat di karakter dan persekitaran game itu.

Photo mode yang terbina dalam game AAA ketika ini seperti satu ciri yang wajib ditampilkan, terutamanya game-game single-player. Antara game yang membawakan photo mode secara terbina ialah game ciptaan Kojima sendiri, iaitu Death Stranding, serta lain-lain seperti Cyberpunk 2077, The Last of Us Part II, Ghost of Tsushima, Horizon Zero Dawn, sekadar menyebut beberapa game.

Korang setuju dengan pandangan Kojima ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Bagi Membendung Ketagihan, China Hadkan Gaming Sehingga Jam 10 Malam Kepada Gamer Muda

China Memperkenalkan Larangan Gaming Bawah Umur Lebih Ketat, Boleh Online Hanya Hujung Minggu

Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

CDPR Masih Sasarkan Pelancaran Cyberpunk 2077, The Witcher 3 Versi PS5 Tahun Ini, Tapi Tak Janji