in , , ,

Kod Sumber League Of Legends Telah Digodam, Riot Enggan Bayar Wang Tebusan

Riot Games telah mengumumkan bahawa kod sumbernya untuk League of Legends dan Teamfight Tactics telah dicuri. Namun pihaknya enggan membayar jumlah wang tebusan yang diminta oleh penggodam.

Penganalisa di Riot Games telah mengesahkan bahawa kod sumber untuk kedua-dua buah game telah diserang oleh penggodam yang turut berjaya mengakses platform anticheat. Kemudian pihaknya menerima emel yang meminta wang tebusan tapi Riot Games enggan membayar.

Walaupun tiada maklumat peribadi pemain telah dicuri, syarikat itu berkata serangan penggodam ini akan membuatkan kemaskini-kemaskini terbaharu untuk game-game itu akan terjejas dan memperlahankan pelancarannya.

Syarikat itu belum mengesahkan kaedah mana penggodam yang didakwa gunakan untuk mencuri kod sumber dari salah satu game multiplayer yang terkenal di dunia itu.

Namun, menurut Kotaku, perkataan “social engineering” yang digunakan dalam Tweet rasmi berkemungkinan salah seorang pekerja secara tidak sengaja memberikan maklumat log masuk kepada orang tidak dikenali menerusi skim pancingan data di platform lain.

Keadah yang digunakan oleh penggodam itu adalah hampir sama dalam kes data pembangunan Grand Theft Auto VI yang telah dibocorkan beberapa bulan lalu. Di mana penggodam menyelinap masuk ke dalam syarikat menerusi log masuk Slack.

Riot Games sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam penyiasatan berkaitan kes penggodam tersebut. Dan menjangkakan sistem akan kembali dipulihkan sepenuhnya pada akhir minggu ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Sebab Kenapa Siri The Last of Us HBO Tidak Seganas Dalam Game

Football Manager 2023 Untuk PS5 Akhirnya Akan Dilancarkan Pada Minggu Depan