Menu
in , , , , ,

Kod Sumber Cyberpunk 2077, The Witcher Mula Dilelong Selepas Sistem CDPR Digodam

Beberapa hari lalu, dunia gaming dikejutkan dengan pendedahan oleh CD Projekt Red bahawa sistem dalaman mereka telah digodam dan sejumlah data telah dicuri.

Terkini, sebuah akaun Twitter yang memfokuskan kepada kegiatan penjualan data-data bawah tanah, @vxunderground telah mendedahkan bahawa data-data yang telah dicuri dari sistem dalaman CDPR telah mula memasuki pasaran gelap.

Kod sumber Gwent: The Witcher Card Game telah dibocorkan secara atas talian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Manakala, kod sumber untuk Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3: Wild Hunt pula sudah mula dilelong dengan nilai bidaan bermula USD1 juta (sekitar RM4.04 juta).

Tawaran ini turut terbuka sekiranya ada yang mahu membeli dengan nilai USD7 juta (sekitar RM28 juta), mereka akan terus menjualnya.

Sama ada dakwaan ini yang mengatakan mereka mempunyai kod sumber tersebut adalah sahih ataupun tidak, pihak CDPR masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Semoga CDPR dan pihak berkuasa berkaitan mampu menyelesaikan kes ini dengan segera.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version