in , , , , ,

Knockout City: Game Dodgeball Baru Keluaran EA, Dilancarkan Pada Mei Ini

Semasa acara Nintendo Direct baru-baru ini, EA telah mengumumkan sebuah game baharu yang agak berlainan daripada mana-mana game yang pernah mereka keluarkan.

Diberi judul Knockout City, ia merupakan game dodgeball yang memfokuskan kepada online multiplayer. Kalau dilihat daripada gameplay, ia bukanlah sebuah game sukan dodgeball di dalam gelanggang yang biasa kita lihat itu, namun ia sebenarnya seperti game shooter dengan pandangan third-person tetapi menggunakan balingan bola untuk menewaskan pemain lawan.

Korang boleh saksikan trailer Knockout City di bawah:

Knockout City bukanlah game percuma, malah bukan juga game dengan harga AAA. Ia akan dipasarkan dengan USD19.99 (sekitar RM80).

Knockout City akan dilancarkan pada 21 Mei 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, dan Switch dengan sokongan cross-play.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Akan Menerbitkan Buku Berbahasa Inggeris Pada Tahun Ini

Rainbow Six Siege Memperkenalkan Karakter Gay Yang Pertama – Flores Dari Argentina