in , , ,

Knives Out: Game Battle Royale Mobile Ini Akan Ke PlayStation 5?

Battle royale pertama di PlayStation 5?

Tak banyak game diumumkan setakat ini buat PlayStation 5 selain Godfall. Bagaimanapun, leak kali ini mungkin mendedahkan game yang akan hadir ke platform PS5 nanti, dan ianya sudah pun ada sekarang di platform mobile.

Sebuah laman LinkedIn seorang kakitangan NetEase telah menunjukkan game battle royale Knives Out kini sedang dibangunkan bagi platform PlayStation 4 dan PlayStation 5! Knives Out boleh dimainkan di platform mobile (Android & iOS) dan Nintendo Switch (Jepun).

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mahupun konkrit dilaporkan selain leak yang dikongsi Daniel Ahmad melalui kicauan beliau.

Knives Out mungkin tidak sepopular PUBG mahupun Fortnite, tetapi ianya tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan semestinya pulangan kewangan yang memadai sejak dilancarkan pada tahun 2017.

Knives Out terkenal dengan map yang luas walaupun ianya banyak berkongsi aspek visual dengan PUBG – yang menyebabkan Knives Out disaman oleh PUBG seketika dahulu. Tuntutan saman ini akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas NetEase mendakwa tuntutan PUBG tidak masuk akal serta cuba memonopoli genre battle royale!

Kalau korang nak cuba, Knives Out boleh dimainkan di mobile Android dan iOS korang sekarang.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas 3 Tahun Berada Dalam Pembangunan, Video Game Terbaru Dibatalkan Oleh Ubisoft

The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan

The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan