in

KITASEMBANG GAME ep. 1 – Metal Gear Solid V: The Phantom Pain

Korang mahukan sembang gaming yang berjiwa Malaya? Nih KITAMEN ada launch KITASEMBANG GAME di Youtube bergebang dan bersembang pasal Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain. Jom kita layan!

DSC_4850 (Small)

So sekejap tadi KITAMEN, tempat lepak gaming ohsem telah message kitorang untuk bagitau pasal debut webisode gaming review diorang – KITASEMBANG GAME! Episode edisi santai ini memaparkan topik review dalam bentuk perbincangan yang relaks dan mudah diikuti – konon-konon macam sembang dengan gamer-gamer gitu! Serius santai!

Ahli panel terdiri daripada nama-nama yang terkenal dalam komuniti gaming seperti Exkowizer si abang collector, RajaAriff si abang Youtuber dan Zemang dari KITAMEN sebagai moderator.

age_bg_tpp

Apa yang best diorang sembangkan?

Antara isu yang diorang sembangkan agak relevan bagi komuniti gaming. Kalau korang minat nak tahu pasal Metal Gear Solid V: The Phantom Pain nih, cuba tengok timestamp berikut dan skip to the best bits!

  • 3.50 – spoiler di dalam komuniti gaming
  • 7.40 – first impression – penambahbaikan Kojima terhadap siri MGS, kontroversi Kojima vs Konami, kesinambungan storyline
  • 17.00 – pilihan pelakon suara dalam MGSV
  • 22.00 – diskusi mendalam mengenai lore MGS, chicken head mode etc
  • 32.49 – diskusi Metal Gear Online – isu-isu Konami servers, pendapat mengenai Mother Base dan FOB
  • 44.00 – diskusi gameplay single player
  • 60.00 – diskusi masa depan MGS, Kojima dan Konami

So, apalagi, subscribe, like dan follow KITAMEN di Facebook, Youtube dan website diorang! Kita nantikan episode KITASEMBANG GAME yang berikutnya!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Gear: Xbox One Elite Bagi Gamer Xbox Sejati!

Tokyo Game Show: Yakuza Kiwami Bakal Ke PS4??