in

Kita Sekarang Boleh ‘Jalan-Jalan’ Dalam Studio CD Projekt Red Di Google Maps

Pernah tak kita terbayang macam mana rupanya sesebuah studio pembangun game AAA yang membikin game-game kegemaran kita?

Kini, kita sudah boleh ‘berjalan-jalan’ di dalam pejabat studio yang membawakan kepada kita siri The Witcher dan Cyberpunk 2077, iaitu CD Projekt Red di Google Maps.

Apabila korang klik ke pautan ini, kita akan dibawa oleh Google Maps (street view) ke pejabat yang terletak di Poland itu dan seterusnya boleh melawatnya secara maya melalui pandangan 360 darjah. Bermakna, kita boleh pergi ke dapurnya, bilik mesyuarat, ruang legar, lokasi membikin motion capture (mo-cap), bertukar-tukar tingkat, memandang dan berpusing ke kiri dan kanan.

Pasti menarik sekiranya dapat melawat secara maya ke studio-studio lain pula. Studio mana yang korang ingin lihat ditambah ke dalam Google Maps? Kongsikannya di ruangan komen.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Auto Draft

Overcooked! All You Can Eat Diumumkan Untuk PS5 Dan Xbox Series X – Gabungkan Kedua-Dua Game

Rocket League Akan Bertukar Menjadi 'Free-To-Play' Untuk Semua Platform Pada Tahun Ini

Rocket League Akan Bertukar Menjadi ‘Free-To-Play’ Untuk Semua Platform Pada Tahun Ini