Lejen dia nih! Siapa membesar dengan zaman skateboarding seluar londeh mesti wajib main game Tony Hawk’s Pro Skater.
Dalam satu temuramah bersama The Nine Club Highlights, Tony Hawk menceritakan bagaimana francais video game daripada Activision yang dinamakan sempenanya iaitu Tony Hawk’s Pro Skater telah mengubah hidupnya!
Beliau juga mengesahkan beliau dibayar USD 4 juta dalam bentuk cek bagi bayaran royalti game Tony Hawk Pro Skaters. Fuhh! Selepas itu, wang tersebut digunakan bagi membangunkan projek-projek pembangunan ruang dan bakat-bakat muda dalam scene skateboard.
Namun yang menarik perhatian kitorang adalah di hujung temuramah tersebut, beliau menyatakan beliau sedang bekerjasama dengan developer mobile app bagi mengembalikan visi game skateboardingnya. Ini kerana beliau tidak lagi bekerjasama dengan developer game konsol Activision yang memegang hak francais game tersebut. Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya daripada beliau.
Ada antara korang yang gila bermain game Tony Hawk’s ni dulu? Korang nak Activision hidupkan kembali francais ikonik itu? Bagitau kitorang di ruang komen.
Comments
Loading…